BIARKAN AKU TERBANG KE LANGIT BIRU SELAMANYA EP3
BIARKAN Aku TERBANG KE LANGIT BIRU EP3 Puan Aida dan Tuan Kamal memapah Aishah yang terkulai layu. Aishah ibarat sudah kehabisan seluruh tenaganya. Longlai. Aishah sudah tidak ada semangat untuk hidup. Mahu sahaja dia meminta untuk ditanam bersama sama arwah suaminya. 5 tahun hidup bersama, tiba tiba suaminya pergi begitu sahaja. Tragis kematiannya. Belum puas Aishah berkasih sayang, suaminya sudah pergi dahulu. Meninggalkan dia dan anaknya yang baru berusia 4 tahun. Setibanya di kereta Honda City milik Tuan Kamal, Tuan Kamal membuka pintu belakang, dan perlahan lahan meletakkan anaknya, Aishah ke belakang. Bersebelahan Aishah, ada seorang anak kecil, perempuan, dalam lingkungan usia 4 tahun, sedang lena dibuai mimpi. Rupa anak kecil itu mirip Aishah. Pipinya kemerahan, dan juga ada lesung pipit. Rambutnya lurus keperangan. Aishah merenung ke anak kecil itu. Diusapnya rambut anak kecil itu. Kemudian dia meriba kepala anak kecil itu. "Fatiha, kenapa ayah tinggalkan kita sayang....