BIARKAN AKU TERBANG KE LANGIT BIRU SELAMANYA EP3
BIARKAN Aku TERBANG KE LANGIT BIRU EP3
Puan Aida dan Tuan Kamal memapah Aishah yang terkulai layu. Aishah ibarat sudah kehabisan seluruh tenaganya. Longlai. Aishah sudah tidak ada semangat untuk hidup. Mahu sahaja dia meminta untuk ditanam bersama sama arwah suaminya. 5 tahun hidup bersama, tiba tiba suaminya pergi begitu sahaja. Tragis kematiannya. Belum puas Aishah berkasih sayang, suaminya sudah pergi dahulu. Meninggalkan dia dan anaknya yang baru berusia 4 tahun.
Setibanya di kereta Honda City milik Tuan Kamal, Tuan Kamal membuka pintu belakang, dan perlahan lahan meletakkan anaknya, Aishah ke belakang. Bersebelahan Aishah, ada seorang anak kecil, perempuan, dalam lingkungan usia 4 tahun, sedang lena dibuai mimpi. Rupa anak kecil itu mirip Aishah. Pipinya kemerahan, dan juga ada lesung pipit. Rambutnya lurus keperangan. Aishah merenung ke anak kecil itu. Diusapnya rambut anak kecil itu. Kemudian dia meriba kepala anak kecil itu.
"Fatiha, kenapa ayah tinggalkan kita sayang. Ayah kamu meninggalkan kamu ketika kamu masih belum mengerti apa apa," bisik hati Aishah.
Tuan Kamal memecut laju kereta Honda City nya meninggalkan tanah perkuburan itu. Semakin lama, semakin jauh tanah perkuburan, sehingga ia hilang dari pandangan. Aishah termenung di dalam kereta, memerhatikan ke arah langit. Langit masih lagi mendung sejak dari kubur tadi. Walaupun begitu, ia tidak menampakkan tanda tanda hari nak hujan. Tidak kelihatan kelibat burung di langit. Hati Aishah menjadi sayu mengenangkan janji janji yang pernah dibuat bersama arwah suaminya. Katanya, mahu sehidup semati. Tetapi, suaminya pergi dahulu.
Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, Aishah mengelamun mengenangkan memori memori silam. Kadang kala dia senyum, kadang kala sedih. Nampak air mata mengalir di pipi Aishah. Kadang kala, dia mengesat air mata dengan tangannya. Aishah cuba tabah, tapi apakan daya, ia bukan perkara yang senang. Kematian suami yang tercinta bukanlah perkara yang kecil.
Kadang kala Puan Aida yang duduk dibangku hadapan di sebelah suaminya, Tuan Kamal yang sedang memandu, memalingkan kepalanya ke belakang, bagi melihat keadaan Aishah dan cucunya, Fatiha.
"Sha, kamu ok ke sayang, kamu fikirkan apa? Jauh kamu termenung," Puan Aida buat buat bertanya.
Tiada jawapan yang diterima dari Aishah. Aishah hanya termenung memandang persekitaran. Fatiha masih lena dibuai mimpi. Mungkin kerana keletihan. Semalaman Fatiha menangis meraung melihat kondisi ayahnya. Digoyang goyang badan ayahnya beberapa kali sambil menangis, dengan harapan ayahnya bangun kembali. Namun, tiada tindak balas. Dia menangis sambil tertidur memeluk jenazah ayahnya. Apabila Puan Aida mengalihkannya, dan tidur di riba Puan Aida, dia akan terjaga dan berlari sambil menangis memeluk jenazah ayahnya. Keadaannya berlarutan sebegitu sehingga pagi hari. Di tanah perkuburan pula, Fatiha berkali kali menghalang jenazah ayahnya dari ditanam, sehinggakan Tuan Kamal mendukung Fatiha, dan membawanya ke kereta, supaya Fatiha tidak menghalang proses pengebumian Remi. Puas Tuan Kamal memujuk Fatiha, dan akhirnya, Fatiha tertidur akibat kepenatan.
"Sha, kamu ok ke?" Puan Aida meninggikan sedikit suaranya.
Aishah tersentak dari lamunannya. Dia mengesat air matanya dengan hujung lengan baju. Dia melihat, anaknya, Fatiha masih tidur. Dia mengusap ngusap rambut anaknya.
"Sha ok mak. Tapi tak tau la Fatiha ni. Kesian dia, kecik lagi, dah hilang ayahnya. Belum puas dia berkasih sayang dengan ayahnya, ayahnya dah pergi tinggalkan dia," luah Aishah kepada ibunya.
"Sha, Fatiha masih ada atuknya lagi bagi mengganti arwah ayahnya. Jangan kamu risau nak, ayah kamu akan menggantikan tugas Remi nanti, Insyaallah," pujuk puan Aida.
"Betul, ayah akan menjaga Fatiha, macam mana ayah menjaga kamu," sampuk Tuan Kamal sambil memandu.
"Mak, mak dengan ayah dulu bercinta muda muda dulu macam mana ya?" tanya Aishah sambil matanya melihat ke arah langit.
"Eh, ke situ pulak soalannya," marah Puan Aida.
"Mak kamu ni dulu, sombong. Jual mahal. Bila ayah nak berkenalan dengan mak kamu, penampar yang ayah dapat," Tuan Kamal berseloroh.
"Eleh, mana ada sombong. Abang datang tiba tiba je, bawak bunga pulak tu. Malu la kita depan orang ramai, huh!" marah Puan Aida sambil mencubit peha suaminya.
"Adoi, sakit la," jerit Tuan Kamal.
"Padan muka," Puan Aida tersenyum puas.
Puan Aida memandang ke belakang, Aishah masih terpaku melihat ke langit. Puan Aida yang tadi tersenyum, kembali muram melihat keadaan anaknya itu. Kereta Tuan Kamal meluncur laju, selaju fikiran Aishah yang kembali terkenang zaman dahulu.
Kringgggggggg... Loceng di sekolah berbunyi, menandakan yang waktu persekolahan telah tamat. Masing masing bangun dan mengucapkan terima kasih kepada cikgunya. Remi masih termenung melihat meja Aishah yang masih kosong.
"Mi, Aishah nak jumpa kau," kata Haziq kepada Remi.
"Ha? Bila, kat mana?" jawab Remi sambil bangun.
"Malam nanti, kat mimpi kau. Hahaha," jawab Haziq sambil ketawa.
"Kau jangan main main, karang..." ugut Remi.
"Karang apa? Aku balik jalan kaki? Aku datang dengan engkau ke, engkau datang dengan aku ni?" ugut Haziq.
Remi terdiam mendengar ugutan Haziq. Remi hanya diam, terangguk angguk. Dia berfikir, kalau dia menjawab lagi nanti, ada dia balik jalan kaki nanti. Nak tak nak, kena la diam sahaja.
"Dah, jom balik. Pukul 3.00 petang nanti nak kena datang balik. Aku ada latihan bolasepak. Lagi seminggu ada perlawanan persahabatan dengan sekolah lain," ajak Haziq.
"Ok," jawab Remi ringkas.
Remi memasukkan buku buku teks dan latihan di dalam begnya, dan bersiap siap untuk pulang ke rumah. Haziq menunggunya di hadapan pintu kelas. Tanpa berlengah, Remi menggalas begnya dan pergi menuju ke arah Haziq. Masa tu, sekolah agak lengang. Biasalah, pelajar sekolah. Kalau balik, memang cergas. Sekelip mata dah sampai pintu pagar. Remi dan Haziq berjalan menuruni anak tangga dan pergi menuju ke parkir motorsikal. Setibanya ke motorsikalnya, Haziq meraba raba poketnya. Kunci motorsikalnya tiada.
"Alamak, kunci motor, tak ada la," Haziq menjadi gelabah.
Dia duduk sebentar dan berfikir.
"Oh, kunci motor ada bawah meja aku. Aku keluarkan sebab aku rasa semak tadi. Hehehe," Haziq baru teringat di mana letaknya kunci tersebut.
Haziq kemudia memandang ke arah Remi sambil tersengih.
"Ha, kau nak apa pulak tengok aku tersengih sengih tu?" tanya Remi.
"Mi... Tolong aku boleh, ambikkan kunci motor tu. Ala, kejap je. Lagi pun aku yang bawak motor, kau jadi penumpang je, adil la kan kalau kau yang pergi ambik," pinta Haziq.
Riak muka Remi berubah, berkerut, tanda tidak berpuas hati.
"Ye la, aku pergi naik kejap," Remi bersetuju untuk pergi mengambil kunci di kelasnya.
Remi mula berjalan menuju ke tangga yang menuju ke kelasnya. Perasaan malasnya memenuhi jiwa nurani. Terasa berat kaki untuk melangkah naik ke atas. Walaupun hanya tingkat satu, tapi terasa seperti perlu mendaki 1000 anak tangga.
Tidak lama kemudian, Remi berjaya tiba di kelasnya. Sesekali, dia menjengah ke kelas Aishah untuk melihat jika Aishah ada naik ke kelasnya. Perasaannya hampa apabila tiada seorang pun yang ada di dalam kelas itu. Yang ada cuma seekor kucing kuning. Kucing ni jenis DLH, atau kucing domestik berbulu panjang. Orang panggil dia Hello Kitty, sebab ia kucing betina. Dengar kata, kucing ni di buang oleh tuan lamanya. Kalau kucing liar, mana ada yang berbulu panjang. Kucing ni manja, budak budak perempuan rajin dukung dia dan bermain main dengan dia. Kalau kucing ni duduk di meja belakang, ia perkara biasa. Pak guard sekolah, Pak Amin yang selalu bagi makan kucing ni. Dia makan biskut kucing.
"Mana pulak si Haziq ni letak kunci dia," Remi meraba raba bawah meja Haziq, mencari kunci motoraikal.
"Tak ada pun," bisik hati Remi.
"Budak ni biar betul. Kata bawah meja. Mana ada. Aduhai, mana pulak ni," Remi membebel sorang sorang.
Puas Remi mencari di dalam kelas, tapi gagal. Akhirnya, dia menyerah dan berputus asa. Dia keluar dari kelasnya dan bersedia untuk menutup pintu kelasnya. Selesai sahaja mengunci kembali kelas, Remi berpusing ke arah belakang kerana terdengar Hello Kitty mengiau.
"Aik, biar betul, bila masa pulak si Aishah ni balik," bisik hati Remi apabila terpandang Aishah sedang duduk di meja di dalam kelasnya.
Kelihatan Aishah memandangnya, lalu melambai sambil tersenyum kearahnya. Terasa luluh hatinya melihat Aishah tersenyum. Remi mengangkat tangannya untuk melambai Aishah kembali.
"Hoi, kau lambai siapa?" jerkah seseorang.
Suaranya garau. Usia suara itu dalam lingkungan 50 an. Remi terkejut lalu memandang ke arah suara itu.
"Oh, Pak Amin. Ingat siapa tadi. Tak adalah, mana ada lambai siapa siapa," Remi berasa serba salah kerana tiada siapa di dalam kelas Aishah. Itu cuma bayangannya sahaja.
"Kau ke Remi. Pakcik ingat siapa tadi. Kau buat apa kat sini?" tanya Pak Amin.
"Tak ada la, si Haziq tu, dia kata kunci motor tertinggal kat bawah meja, dia suruh saya pergi ambik," jelas Remi.
"Dah tu, jumpa tak?" tanya Pak Amin.
"Entah, tak ada pulak. Puas saya cari. Entah kat mana dia letak. Jangan jangan hilang. Pak Amin buat apa pulak kat sini?" tanya Remi kembali.
"Kau ni pun, dah kerja aku. Aku tengah pusing pusing la nak pastikan, tiada siapa siapa yang ada dalam kawasan kelas ni. Aku nak kunci pagar bawah tu," jelas Pak Amin.
"oh, ye ke. Ok... Ok..." kata Remi dengan suara terketar ketar.
"Dah, pergi balik. Kirim salam kat pakcik kau. Jangan lupa datang surau Maghrib nanti. Ada kuliah Maghrib. Ustaz Borhan yang terkenal tu datang, bagi ceramah. Pakcik kau kena jemput dia di simpang masuk ke kampung ni, takut dia silap masuk, tak sampai ke surau kita nanti,"
"Ok, InsyaAllah," jawab Remi.
"Ha, kau pun sama. Jangan tak datang malam ni. Ajak si Haziq tu sekali ya," ajak Pak Amin.
"Orait, boleh," jawab Remi sambil meninggalkan Pak Amin menjalankan tugasnya.
Remi berjalan ke arah parkir motorsikal. Dari jauh, kelihatan motorsikal Haziq sudah tiada. Remi menjadi gelabah. Sampai hati Haziq tinggalkan dia. Kata tadi kunci tak ada, ni tiba tiba hilang. Tiba tiba, kedengaran bunyi hon motorsikal dan orang memanggil manggil namanya. Dia berpusing ke sekeliling untuk mencari siapa yang memanggilnya.
"Mi, sini la, kat pondok guard ni la," suara itu memanggilnya.
Itu suara Haziq. Remi lantas memandang ke arah pondok guard. Remi sudah bersiap sedia di atas motorsikalnya yang telah hidup.
"Oi, kata kunci tak ada?" marah Remi sambil berlari ke arah Haziq.
"Ala, maaf la Mi, kunci ada dalam beg aku. Aku kemas kemas tadi, aku lupa aku dah masukkan dalam beg, maaf. Hehehe," Haziq menjelaskan kekeliruan yang berlaku sambil tersengih sengih.
"Patut la aku cari tak ada. Puas aku geledah satu kelas tadi," jawab Remi sambil marah marah.
"Rilek la Mi. Jangan marah marah, nanti kena jual. Hahaha. Yang kau ni, lama sangat tadi kenapa? Kau buat apa kat atas? Colet minyak pengasih kat meja Aishah?" tanya Haziq sambil berseloroh.
"Kau gila ke apa. Ingat aku tak ada agama nak buat benda tu semua?" tegas Remi.
"Ni tadi, aku jumpa dengan Pak Amin, dia ajak bapak kau ke surau malam ni, ada ceramah. Ustaz Borhan datang. Pak Amin suruh bapak kau jemput ustaz tu kat simpang masuk kampung kita ni. Lepas tu dia ajak kita datang sekali, maghrib nanti," jawab Remi.
"Ala, malas la aku nak pergi. Kau pergi la dengan bapak aku, aku nak habiskan game Onimusha malam ni," kata Haziq dengan nada yang malas.
"Kau rasa, kalau bapak kau dah pergi, dia tak heret kau sekali ke? Kalau kau tak nak, silap silap kau kena libas dengan batang paip. Hahaha" jawap Remi sambil menakut nakutkan Haziq.
"Huh, dah, jomlah balik," marah Haziq.
Haziq memecut laju motorsikalnya. Dia kena cepat, sebab jam dah menunjukkan pukul 2.30 petang. Pukul 3.00 dia perlu tiba ke padang untuk latihan.
Setibanya dia di rumah, Haziq bergegas mengenakan pakaian latihan bolasepaknya. Selepas tu, dia ke dapur untuk makan tengah hari. Ibunya, Linda sedang menjahit baju di satu sudut di dapur. Dari bunyi, ternyata mesin jahit itu telah uzur itu.
"Alamak, benang habis pulak," rungut Linda, ibu Haziq.
"Ziq, kau dah makan ke belum. Ajak sekeli si Remi makan," jerit Linda.
"Nak makan la ni, mak masak apa?" tanya Haziq.
"Ayam masak merah kesukaan kau la," jawab ibunya.
"Wow, macam tau tau je. Kakak mana mak?" tanya Haziq.
"Kakak kau pergi KL, ada temuduga kerja katanya," jawab ibunya.
"Ye je akak pergi temuduga, entah entah dia pergi temujanji dengan pakwe dia, si abang Lias," Haziq buat serkap jarang.
"Mana ada, mak sendiri tengok surat temuduga tu. Memang tarikh hari ni, pukul 2.00 petang tadi," jawab ibunya.
"Jawatan apa mak?" tanya Haziq sambil duduk dan menyuap nasi.
Kelihatan Remi dan bapa Haziq datang menuju ke arah meja makan.
"Jawatan jurutera. Dah 6 bulan akak kau tu tanam anggur lepas tamat pengajian. Eloklah tu dapat panggilan. Sekarang ni susah nak dapat kerja. Kau pun belajar elok elok, jadi macam akak kau," nasihat bapanya, Kassim.
"Tak nak, Ziq nak jadi pemain bolasepak macam Ronaldhino," tegas Haziq.
"Main bolasepak boleh cari makan ke?" tanya bapanya tak berpuas hati.
"Ala bang. Biarlah dia. Itu yang minat," sampuk ibunya. Bapa Haziq seperti tidak berpuas hati.
Tiba tiba Remi bersuara, "Pak Long, tadi Mi jumpa Pak Amin kat sekolah,"
"Ha, kenapa dengan Imam Amin?" tanya Kassim.
"Pak Amin ajak pak long ke surau malam ni. Ustaz Borhan datang. Dia minta pak long jemput ustaz kat simpang masuk kampung ni," jelas Remi.
Muka Kassim berkerut.
"Mmm... Aku pulak yang kena?" rungut Kassim.
"Ok la tu bang. Saya pun nak pergi juga. Tadi kecoh dalam group whatsapp kata ustaz tu nak datang. Ustaz tu popular, selalu keluar tv. Dia ceramah sambil buat lawak. Saya suka," pinta isterinya.
"Kamu suka dengar ceramah dia ke, suka ustaznya?" Kassim kelihatan seperti cemburu. Isterinya hanya tersenyum.
Haziq bergegas mengangkat pinggan ke sinki untuk membasuhnya.
"Eh, cepatnya habis makan?" tanya ibunya.
"Kejap lagi Ziq ada latihan bolasepak. Minggu depan ada perlawanan persahabatan," jelas Haziq.
"Elok la tu, balik nanti belikan mak benang. Benang biru mak dah habis," ibunya meminta sambil menghulurkan saki baki benang sebagai contoh, dan sedikit wang.
"Ok, boleh. Wei, Mi, cepat la makan tu, kita pergi latihan bolasepak," ajak Haziq.
Remi dengan pantas menghabiskan makanannya lalu ke sinki untuk membasuh pinggan. Mereka keluar sambil menggalas beg yang berisi peralatan latihan dan bergegas ke padang sekolah.
Bersambung....

Comments
Post a Comment