BIARKAN AKU TERBANG KE LANGIT BIRU SELAMANYA EP 1
Azan Asar sayup sayup kedengaran dari sebuah surau.
"Allahuakbar... Allahuakbar..." Bilal berhenti seketika, sebelum menyambung azannya...
"La ilahhaillah....", selesai sudah azan berkumandang.
Kelihatan orang berpusu pusu masuk ke dalam surau. Ada juga yang masih mengambil air wudu' dikawasan yang disediakan. Bilal mula mengumandangkan iqamah, tanda solat fardu Asar hendak dijalankan.
"Allahuakbar... Allahuakbar...." bilal mengumandangkan iqamah sehingga selesai.
"Rapatkan saf," imam memberikan arahan kepada makmumnya untuk merapatkan saf.
Imam kemudian memulakan solatnya secara berjemaah sehingga selesai.
Di satu sudut, kelihatan sebuah keranda yang didalamnya ada jenazah seorang lelaki. Kelihatan di satu sudut lain, kelihatan pula sekumpulan wanita sedang duduk sambil menemani seorang wanita yang lingkungan usia 30an. Wanita itu sedang menangis teresak esak. Jenazah yang berada di hadapan itu adalah jenazah suaminya.
Selesai sahaja solat Asar, imam meminta jemaah untuk tunggu sebentar bagi menunaikan solat jenazah yang menjadi tanggung jawab fardu kifayah bagi umat Islam yang berada disekitar. Ada beberapa orang lelaki mendekati keranda tersebut dan membawanya ke hadapan sah imam.
"Assalamualaikum wbt saya ucapkan kepada semua jemaah. Di sini, saya memohon para jemaah untuk tunggu sebentar, bagi bersama sama menyempurnakan solat jenazah, bagi jenazah ini, semoga arwah dicucuri rahmat dari Allah SWT, InsyaAllah," Imam menyelesaikan kata kata seruannya, dan memulakan solat jenazah.
Selesai sahaja solat jenazah dilakukan, jenazah diusung keluar beramai ramai dan di bawa ke kubur yang berdekatan. Wanita tadi yang teresak esak menangis terus meluru ke keranda suaminya, dan memeluknya. Dia seolah olah cuba menghalang dari jenazah suaminya dikebumikan. Wanita itu menangis teresak esak sambil memeluk keranda suaminya.
"Aishah, sudah la tu nak. Tak elok meratapi pemergian arwah suami kamu. Mari nak, jangan halang jenazah dari dikebumikan. Seksa jenazah arwah suami kamu tu nanti," pujuk seorang wanita yang umurnya dalam lingkungan 50an.
"Mak, kenapa abang Remi pergi meninggalkan Aishah mak. Kenapa? Kenapa mak? Kenapa abang Remi? Abang kata nak sehidup dan semati dengan Aishah? Tapi kenapa mesti abang Remi pergi dahulu! Kenapa!" ratap Aishah.
"Allahuakbar, mengucap nak. Mengucap", puan Aida, mak kepada Aishah tadi memeluk Aishah.
"Istigfar banyak banyak Aishah. Itu dah janji Allah. Allah berfirman dalam Surah Al Ankabut, ayat ke 57, qullu nafsin dzaiqotul maut. Setiap yang hidup, pasti akan merasakan mati," puan Aida cuba menenangkan Aishah.
Sambung puan Aida, "Allah juga berfirman dalam surah almunafiqun, ayat 11, walan yuakhhirallahu nafsan idzaja aajaluha, dan Allah sesekali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila telah sampai waktu kematiannya," jelas puan Aida lagi.
"Sudahlah. Marilah kita ke tepi. Bagi orang ramai sempurnakan jenazah arwah laki kamu ni," pujuk puan Aida.
Aishah kelihatan tenang sedikit selepas mendengar kata kata ibunya. Jenazah arwah suaminya selamat dikebumikan.
"Bismillah hir rah man nir rahim.
Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala," imam mula membacakan talqin.
"Wahai Rahman Bin Sufiah, wahai Rahman Bin Sufiah, wahai Rahman Bin Sufiah, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini," Imam menyambung membacakan talqin dihadapan kubur suami Aishah, Remi.
"Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat,"
"Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah'"
"Ingatlah wahai Rahman Bin Sufiah, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut,"
"Ketahuilah wahai Rahman Bin Sufiah, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala,"
"Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?"
"Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluark an zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah". Imam terbatuk dan terhenti seketika.
Suasana ketika itu suram. Cuaca mendung sejak dari tadi. Tetapi, tidak kelihatan hari akan hujan.
"Wahai Rahman Bin Sufiah, tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semua untuk berkumpul di Padang Mahsyar," Imam menyambung kembali bacaan talqin.
"Insaflah wahai Rahman Bin Sufiah, bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur,"
"Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.
Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut" bacaan talqin telah selesai.
Aishah yang tadi memeluk ibunya, puan Aida diberikan jug yang berisi bunga dan air mawar. Dengan perasaan yang sebak, Aishah menjirus air tersebut di pusara arwah suaminya.
"Bang, tenanglah abang di alam sana. Semoga abang dicucuri rahmat Allah SWT. Aishah redha bang dengan pemergian abang," bisik hati Aishah. Kelihatan Aishah mengesat air matanya. Mata Aishah merah dan bengkak, kerana menangis sejak dari tadi.
Segalanya telah selesai. Hanya tinggal Aishah dan ibunya sahaja.
"Da, shah, sudah la. Jom kita balik," esok kita datang lagi. Banyak yang nak kita uruskan di rumah nanti," sapa Tuan Kamal kepada isterinya, Puan Aida dan anaknya, Aishah.
Aishah berjalan longlai ke arah kereta bapanya. Kadang kala, Aishah seakan akan mahu pengsan, tetapi sempat dipapah oleh ibunya.
Bersambung....

Comments
Post a Comment